PEMAKLUMAN BERKAITAN PEMBAIKAN MUAT TURUN DOKUMEN PADA SUB MODUL MYPORTFOLIO DI HRMIS
Untuk makluman, kerja-kerja pembaikan bagi fungsi muat turun dokumen dan paparan carta di Sub Modul myPortfolio telah SELESAI. Sehubungan dengan itu, tuan/puan kini boleh mengakses semula fungsi tersebut di HRMIS 2.0.
Pemilik Kompetensi kini boleh merekodkan kehadiran ke program pembangunan kompetensi dalam kiraan jam selaras dengan ketetapan dalam Panduan Pembangunan Kompetensi Perkhidmatan Awam (MyKompetensi) menerusi Ceraian SM.1.1.1.
PENUTUPAN MODUL SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) HRMIS 2.0
Selaras dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Malaysia (SSPA), satu Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian UP.4.1.1: Dasar Baharu Pengurusan Prestasi Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Dan Kumpulan Pelaksana (MyPerformance), pelaksanaan MyPerformance adalah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025.
Dengan pelaksanaan sepenuhnya MyPerformance tersebut, penggunaan borang Sasaran Kerja Tahunan (SKT) telah digantikan dengan Sasaran Kerja Utama (SKU). Penggunaan SKU ini turut terpakai kepada agensi di peringkat Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun yang masih mengguna pakai sistem Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT).
MAKLUMAT TERKINI, TEPAT DAN BERINTEGRITI
Adalah diingatkan supaya pemilik kompetensi/pentadbir sentiasa menyemak dan memastikan maklumat yang dimasukkan ke dalam HRMIS adalah yang terkini, tepat dan berintegriti.