Susulan penambahbaikan di fungsi Program Pembangunan Kompetensi Yang Telah Dihadiri (PPKYTH) yang telah selesai. Pemilik Kompetensi dipohon untuk melaksanakan aktiviti CLEAR CACHE di browser masing-masing supaya fungsi ini dapat digunakan dengan lancar.
PERHATIAN KEPADA PENTADBIR JD:
Mohon pihak Pentadbir untuk memastikan Gred JD adalah mengikut gred semasa Pemilik Kompetensi. Sekiranya ada keperluan untuk meminda Gred JD tersebut, Pentadbir JD boleh meminda (Gred JD di Tab Maklumat Umum sahaja) melalui menu Selenggara Komponen Deskripsi Tugas - Pentadbir. Sehubungan itu, Pentadbir TIDAK PERLU RESET JD untuk membuat perubahan Gred JD Pemilik Kompetensi untuk penilaian Kompetensi Fungsian
PENUTUPAN MODUL SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) HRMIS 2.0
Selaras dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Malaysia (SSPA), satu Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian UP.4.1.1: Dasar Baharu Pengurusan Prestasi Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Dan Kumpulan Pelaksana (MyPerformance), pelaksanaan MyPerformance adalah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025.
Dengan pelaksanaan sepenuhnya MyPerformance tersebut, penggunaan borang Sasaran Kerja Tahunan (SKT) telah digantikan dengan Sasaran Kerja Utama (SKU). Penggunaan SKU ini turut terpakai kepada agensi di peringkat Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun yang masih mengguna pakai sistem Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT).
MAKLUMAT TERKINI, TEPAT DAN BERINTEGRITI
Adalah diingatkan supaya pemilik kompetensi/pentadbir sentiasa menyemak dan memastikan maklumat yang dimasukkan ke dalam HRMIS adalah yang terkini, tepat dan berintegriti.