GANGGUAN CAPAIAN PERKHIDMATAN SISTEM APLIKASI HRMIS 2.0
Untuk Makluman, terdapat gangguan capaian kepada semua Aplikasi HRMIS 2.0 dan Sistem Aplikasi JPA bermula pada 26 Jun 2026 (Jumaat) , 5:30 petang hingga jam 10.00 malam kerana kerja-kerja penyelenggaraan Aplikasi HRMIS2.0. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.
Penilaian Nilai Sepunya bagi Sesi 1 Tahun 2026 telah sedia dijana
Urus Setia PPSM dimohon untuk menjana Sesi 1 Tahun 2026 dan menyelenggara maklumat P3P bagi agensi masing-masing
Tempoh Penilaian adalah bermula 1 Julai 2026 sehingga 31 Julai 2026
Pemilik Kompetensi kini boleh merekodkan kehadiran ke program pembangunan kompetensi dalam kiraan jam selaras dengan ketetapan dalam Panduan Pembangunan Kompetensi Perkhidmatan Awam (MyKompetensi) menerusi Ceraian SM.1.1.1.
PENUTUPAN MODUL SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) HRMIS 2.0
Selaras dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Malaysia (SSPA), satu Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian UP.4.1.1: Dasar Baharu Pengurusan Prestasi Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Dan Kumpulan Pelaksana (MyPerformance), pelaksanaan MyPerformance adalah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025.
Dengan pelaksanaan sepenuhnya MyPerformance tersebut, penggunaan borang Sasaran Kerja Tahunan (SKT) telah digantikan dengan Sasaran Kerja Utama (SKU). Penggunaan SKU ini turut terpakai kepada agensi di peringkat Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun yang masih mengguna pakai sistem Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT).
MAKLUMAT TERKINI, TEPAT DAN BERINTEGRITI
Adalah diingatkan supaya pemilik kompetensi/pentadbir sentiasa menyemak dan memastikan maklumat yang dimasukkan ke dalam HRMIS adalah yang terkini, tepat dan berintegriti.